Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

Gunung Ledang

Jom Ke Gunung Ledang

Dari Bandar Tangkak Cuma 15 Minit saja ke Gunung Ledang.

Diselubungi legenda misteri dan cerita dongeng, Gunung Ledang terus menarik minat penduduk tempatan dan para pelancong. Menurut legenda Puteri Gunung Ledang, Sultan Melaka ketika itu berkenan untuk mengahwini Puteri tersebut tetapi oleh kerana Puteri tidak mahu berkahwin dengan Sultan, dia telah meminta Sultan menyediakan hantaran yang sukar disediakan iaitu tujuh balang airmata dara, tujuh dulang hati nyamuk, dan tujuh mangkuk darah anak Sultan itu sendiri.


Apabila Sultan tidak dapat menyediakan hantaran tersebut, Puteri tersebut melarikan diri ke Gunung Ledang. Ada yang mempercayai Puteri tersebut masih hidup hingga ke hari ini dan tinggal di sebuah gua di gunung ini. Gunung Ledang amat sesuai sebagai destinasi aktiviti luar dengan jejak hutan yang mencabar, air terjun yang jernih dan nyaman, serta tumbuhan dan haiwan yang eksotik termasuk pelbagai spesis unggas yang menarik.


Dari kawasan puncak gunung yang terletak di ketinggian 1,276 m dari paras laut dan mempunyai permukaan yang agak mendatar, pelancong boleh menikmati pemandangan Selat Melaka hingga ke pantai Sumatera sekiranya cuaca cerah. Air Terjun Sagil yang terletak di kaki gunung ini juga merupakan tempat berkelah yang popular.

Di sini terdapat sebatang laluan hutan dan jalan tidak berturap yang menghala ke puncak gunung. Jika anda mendaki ke puncak, anda akan menemui air terjun yang segar tetapi anda disarankan mengatur supaya ada orang lain menanti anda di puncak. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar terletak 25 km selepas Air Keroh. Hala menuju ke Tangkak. Terus memandu sepanjang Jalanraya 23 sejauh 6 km lagi, melewati pekan Sagil, sebelum belok ke kanan memasuki jalan ladang kelapa sawit dan terus memandu sejauh 1 km lagi. Dari sini, jalan untuk sampai ke kaki Gunung Ledang atau Mount Ophir, boleh kelihatan.


Terdapat sebuah resort yang menarik di kaki Gunung Ledang, begitu juga tempat penginapan yang murah di pekan Tangkak yang tidak jauh dari sini. Anda juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang terdapat di sini.

foto2 lain gunung ledang :-











Makan - Makan Di Tangkak

Jom jalan-jalan cuci mata di Tangkak

Di bandar tangkak keunikannya adalah masih terdapat deretan kedai2 lama yang anda boleh lihat bila ke sini... ianya adalah sebuah town kecil moden yang klasik..
gerai buah2an memang banyak kat bandar tangkak nih...
yang paling popular di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri ke tangkak adalah kedai2 kain yang terdapat di sepanjang jalan lama disini...
rumah lama...
bus-stand tangkak...
hah ini adalah antara kedai makan yang paling popular di tangkak ini...
datang kena cuba...dah cuba baru tahu....memang power...
mee bandung muor ada disini...best jugak...
sekiranya anda mengidam atau kepingin makan lauk asam pedas di tangkak ini...jangan berlengah lagi datang lah terus di kedai ini..kalau anda lambat pasti kehabisan so tinggal kuah ajer lah...hehehe
berpiuk2 asam pedas dgn pelbagai jenis ikan pasti habis setiap hari disini...
jom try lauk pauk tradisional melayu masakan tangkak...
masak lemak cili padi..wow...my fav!
kuah2 asam pedas sini memang pekat dan sangat lazat...
tak caya lagik..??? cuber tengok besor2 periuk .....memang kesukaan ramai kedai ini...
adik nih pakar ABC katanya...hik
licin bai...hehehe..
desert durian pon ada dijual di tepi kedai....bukak terus makan jer disini...hehehe
memang murah2 kain2 disini...
gerai burger di taman mega ria...memang best!