Wednesday 8 January 2014

Mee Bandung Muar




1) Kedai Mee Bandung Muar
    Lokasi : Belakang Bus-Stand Tangkak.

Kali ini anda semua akan diperkenalkan dengan satu lagi kedai yang istimewa dengan menunya iaitu Mee Bandung Muar. Cuma kali ini kedai yang dimaksudkan bukan terletak di dalam kawasan jajahan Muar, Bandar Maharani. Apa yang menarik dan uniknya kedai ini adalah kerana lokasi kedainya yang terletak di belakang Bus-Stand Tangkak. Mungkin ramai yang mengetahui kedai ini. 


Kedai ini menghidangkan aneka jenis juadah, dari makanan tengah hari iaitu nasi campur terdapat juga makanan yang lain seperti di kebanyakan restoran. Antara menu yang menjadi keistimewaan kedai ini adalah Mee Bandung Muar dan Sup Tulang. Jadi kepada anda yang berada di kawasan Selatan Semenanjung tanah air yang ingin merasai Mee Bandung Muar selain di Muar, bolehlah mencubanya di kedai Mee Bandung Muar belakang bus-stand Tangkak. 

Sekiranya anda datang ke Tangkak untuk membeli kain ela untuk dijadikan langsir ataupun pakaian bolehlah singgah sebentar di kedai yang dimaksudkan.  

No comments:

Post a Comment